Kelab Usahawan Sosial (KUS) atau Social Entrepreneurs Club (SE Club) adalah sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa (PID). Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komersil dan sosial.
Objektif Kelab Usahawan Sosial
-
Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka
-
Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial
-
Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial
-
Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran yang dikenalpasti untuk menjadi ahli kelab terdiri daripada:
-
Pengguna PID
-
Usahawan sedia ada
-
Sesiapa yang berminat menjadi usahawan komersil dan usahawan sosial
-
Ahli-ahli dari badan-badan sukarelawan
Faedah – faedah Ahli Kelab Usahawan Sosial
-
Mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan komersil atau usahawan sosial yang berjaya melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, diskusi, pembangunan dan perlaksanaan rancangan perniagaan, rangkaian kerjasama dan aktiviti pengumpulan dana
-
Menjadi sebahagian dari ahli rangkaian kerjasama kelab usahawan dari 40 PID seluruh Malaysia
-
Diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan di PID seperti faks dan percetakan
-
Keahlian KUSPID RM 10.00 sahaja untuk tempoh masa 1 tahun.